Wednesday, March 11, 2009
FALSAFAH SAHABAT
Terlalu indah mengenal erti persahabatan. Namun sayang sekali andai ikatan suci itu sentiasa disulami dengan prasangka dan curiga di dalam hati. Apalah ertinya persahabatan andai tiada nilai mempercayai. Terlalu mudah memori semalam dilupakan usai sahaja datang sahabat lain. Janganlah dosa semalam diangkat dan dijulang tinggi sehingga melupakan kenangan dan memori yang pernah tercipta. Bukan harta, pangkat atau apa sahaja kemewahan duniawi yang menjadi kayu ukur kepada tulusnya ukhuwah persahabatan sebaliknya keikhlasan dalam persahabatan yang menjadi tunjang kepada erti persahabatan yang sebenar. Dalam realiti kehidupan sebenar, kawan sentiasa datang dan pergi. Hadirnya silih berganti namun untuk mencari sahabat yang sejati memang sukar untuk ditemui. Hanya mata hati hati yang dapat menilai di sebalik diri dalam mencari erti sahabat sejati. Kenali sahabat, sayangi sahabat agar ukuwah yang terjalin kekal bersemi dan abadi di dalam hati. Tidak akan pudar dan mati andai diuji dengan pelbagai duri yang menusuk sepanjang melalui denai persahabatan yang penuh liku dan ranjau. Semoga ukhuwah persahabatan ini sentiasa dijaga dan dipelihara serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sahabat selalu tikam kite dari belakang...knpe!!!!
Post a Comment