Wednesday, March 11, 2009

CINTA-ANTARA FITRAH DAN FITNAH


CINTA BARU BERPUTIK

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan.

CINTA DAN REMAJA

Cinta adalah isu lama, selam kewujudan Nabi Adam a.s melihat sepasang burung yang bercinta tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda. Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut. Malangnya cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia. Dan cinta jugalah yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam (Adam Bridge) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil di India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara, melangkahi banjaran gunung-ganang, menapak padang pasir dan merentas benua.

SALAHKAH BERCINTA?

Remaja selalu bertanya salahkah bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru kerana ia adalah fitrah tabii yang dikurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmati nikmat cinta. Jika salah, masakan Tuhan menciptakan dan mengurniakan cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada mksud dan tujuan dan tidak dikurniakan rasa secara polos begitu sahaja. Justeru, Dia telah menciptakan peraturan demi menjaga kemurniaan dan kesuciannya. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.
Dan pada dan saat itu jugalah fitrah bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabii tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allh, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta dari Allah tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah.

“ BILA SESEORANG ITU SERING KALI JATUH CINTA ERTINYA DIA MASIH BELUM LAGI MENGENALI ERTI CINTA YANG SEBENAR”

0 comments:

Post a Comment

 

Santapan Rohani officially authorized by Biro Kerohanian Technology Marine UiTM PERLIS Bloggerized by Anip and Akmal © 2009