Bissmillah hirroh maa nir rohqiim.
Mahasuci Allah, Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Allah, Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Allah, Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar
Pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah, akan jahanam dan binasa,
melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu
ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Apabila datang kepada kamu 2
orang
malaikat,
sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu
susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir
itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah
agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan
iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan
cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah
bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab
begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan
orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup
hingga aku mati aku mengucap: "Laa ila ha illallah, Muhammad dur
rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di
dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah
benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab
dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi
adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari
Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada
kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-
mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah
menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di
dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan
kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal
mursalin
walham dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati
"Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
0 comments:
Post a Comment